Tuesday, April 15, 2014

My first ambition - Guru

Bismillah. Assalamualaikum. Do you remember this song when you're kid?



Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu yg menaikkan semangatku utk menjadi guru when I was a boy.Lagu yang akan dinyanyikan oleh semua guru di atas pentas pada Hari Guru. Dulu masa kecik-kecik, guru selalu tanya 'apa cita-cita kamu'. 'Bomba..Polis..Tentera..Postman..' Macam-macam profession keluar waktu tu. Hahaha..bila teringat balik waktu sekolah nak tergelak pon ada. Mana taknya, ada yg nak jd driver teksi pon ada time tu. Apalah yang kita fikir waktu tu. Apa cita-cita korang dulu?

gambar hiasan
Memang aku nak sangat jd guru matematik sebab aku suka subjek tu. Tapi profession guru bukanlah kemampuanku. Lepas SPM semua kena isi UPU dan alhamdulillah aku dapat my first choice -- Petroleum Engineering in Uni..........Sungguh dulu memang tak terlintas langsung nak ambil bidang ni.Mungkin ini takdirku. Hanya Allah yang tahu. Aku pon fikir.."nanti kalau minyak habis aku nak kerja apa?"..Korang percaya x yang minyak takkan habis dalam jangka masa yang agak panjang?aku percaya. Wallahua'lam.. Kenapa? nanti aku cerita dlm post yang lain. U know what?  My first expectation of this course is MONEY..hahaha. Mungkin korang akan cakap aku mata duitan tp ini memang realiti. Gaji seorang Petroleum Engineer memang mahal. Berdasarkan apa yang aku dengar starting gaji fresh graduate degree RM3000 and above.Then, I just follow the flow. 

Ada seorang insan pernah cakap dkt aku, zaman sekarang ni, x semestinya kita akan kerja mengikut minat kita melainkan kita buat bisnes dan kita memang minat bisnes. Tapi aku percaya yang kita boleh pupuk minat. Then, bila aku dah masuk U, aku teroka bidang ni. Dan aku bercita- cita yang suatu hari nanti aku akan jadi seorang Petroleum Engineer. Cukuplah setakat ni. Nanti aku akan cerita lagi benda-benda menarik tentang Petroleum Engineer. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment